Suzuki Malaysia mengorak langkah dengan bergaya pada tahun ini, apabila syarikat itu kini rasmi melancarkan model naked terbaharu Suzuki GSX-S1000 2022 untuk pasaran tempatan. Tersedia dalam satu pilihan warna tunggal Metallic Triton Blue, ianya diimport sebagai model CBU sepenuhnya dari Jepun, dan bukannya di pasang di Malaysia.
Tag: Suzuki GSX-S1000
Suzuki GSX-S1000 2022 dilancarkan di pasaran Filipina, harga jualan bersamaan RM 58,735.50
Suzuki Motorcycles Philippines pada beberapa hari yang lepas secara rasminya telah melancarkan model naked terbaharu Suzuki GSX-S1000 2022. Untuk pasaran Filipina, model bergaya sporty dan radikal itu didatangkan dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Metallic Triton Blue, Glass Matte Mechanical Gray dan juga Glass Sparkle Black.
Suzuki GSX-S1000 2021 diperkenalkan dengan penampilan baharu yang kini lebih radikal dan agresif
Suzuki secara rasminya memperkenalkan jentera naked terbaharu Suzuki GSX-S1000 2021, yang kini tampil lebih radikal dan agresif berbanding versi terdahulu. Sekali imbas apa yang dapat dilihat ialah rekaan hadapan model tersebut kini lebih tajam, sementara lampu depan LED baharu jenis menegak pula kelihatan begitu futuristik dan tersendiri.


