Syarikat pengeluar motosikal dari China iaitu Zhejiang Qianjiang Motorcycle Co., Ltd. kini dikatakan bakal melancarkan sebuah model motosikal adventure terbaharu dengan enjin 650cc V-Twin. Maklumat berkenaan telah terdedah baru-baru ini melalui lakaran imej dan pendaftaran paten yang dilakukan oleh syarikat induk kepada QJ Motor dan Benelli itu.

