Tag: Pelancaran model baharu Suzuki Malaysia

Suzuki Belang R150, GSX-S150 dan GSX-R150 kini rasmi akan masuk ke pasaran Malaysia, pada akhir 2021 atau awal 2022

Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. pada kelmarin secara rasminya telah mengesahkan bahawa syarikat tersebut akan melancarkan tiga buah model terbaharu dengan enjin bersesaran 150cc di pasaran tempatan, bermula pada akhir tahun ini atau pada awal tahun depan. Ketiga-tiga model berkenaan ialah Suzuki Belang R150, GSX-S150 dan GSX-R150.

Suzuki Malaysia bakal melancarkan model baharu pada 21 September 2021, adakah ianya sport bike di bawah 250cc?

Masih lagi segar dengan pelancaran enam buah model motosikal terbaharu di pasaran tempatan baru-baru ini, Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. kini bakal melancarkan sebuah lagi model terbaharu pada tarikh 21hb. September 2021 (Selasa). Ketika ini hanya sekeping imej ‘teaser’ yang disiarkan, membuatkan kita semua tertanya-tanya model apakah itu?