MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. pada kelmarin dengan rasminya melancarkan sebuah model adventure terbaharu untuk pasaran Malaysia iaitu Moto Morini X-Cape 650 2022. Model tersebut didatangkan dalam dua varian, 650 (standard) dan 650X, dengan pilihan warna masing-masing ialah Dolomites Red, Monte Blanco White dan Carrara Grey.
Tag: Moto Morini
Moto Morini bakal melancarkan dua model baharu dengan enjin 649cc, Seiemmezzo STR dan Seiemmezzo SCR
Syarikat pengeluar motosikal Itali iaitu Moto Morini bakal melancarkan dua buah model motosikal terbaharu tidak lama lagi, dan akan dikenali dengan nama Seiemmezzo STR dan Seiemmezzo SCR. Kedua-dua model berkenaan berada dalam segmen naked dan scrambler, serta berkongsi enjin 649cc (2 in line cylinders, DOHC 8 valves) yang sama.
Moto Morini X-Cape Gold Wheels Edition 2022 diperkenalkan di pasaran Eropah
MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. bakal melancarkan sebuah model adventure terbaharu untuk pasaran Malaysia iaitu Moto Morini X-Cape 650 2022. Namun sebelum itu untuk pasaran Eropah, versi terbaharu bagi model tersebut baru saja diperkenalkan iaitu Moto Morini X-Cape 650 Gold Wheels Edition 2022, dengan harga € 7,690 (RM 36,470.42).
Moto Morini X-Cape, QJ Motor SRK600 dan QJ Motor SRT800 diperkenalkan, di pasaran Malaysia mulai suku kedua 2022
MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. baru-baru ini rasmi mempertontonkan tiga buah model terbaharu edarannya kepada media tempatan, bertempat di bilik pameran Benelli Best Shop Alor Setar by Men Huat Motors Sdn Bhd. Ketiga-tiga buah model tersebut ialah Moto Morini X-Cape 650 2022, QJ Motor SRK600 2022 dan QJ Motor SRT800 2022. Anda boleh saksikan video […]
MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. dilantik sebagai pengedar eksklusif Moto Morini di pasaran Malaysia
MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. sememangnya sangat dikenali dalam dunia motosikal tanah air, apabila syarikat tersebut merupakan pengedar eksklusif untuk beberapa buah jenama pengeluar motosikal dan skuter. Antaranya termasuklah Benelli, SYM, WMoto, SM Sport, Brixton Motorcycles, Keeway, Niu, dan juga jenama terbaharu QJ Motor.






