Model skuter adventure Lifan KPV150 2022 versi off-road kini diperkenalkan di pasaran China, dengan harga CNY 15,280.00, bersamaan RM 10,052.72 mengikut nilai semasa. Di pasaran Malaysia, Lifan KPV150 model tahun 2021 (versi standard) telah ditawarkan sebagai model WMoto Xtreme 150i, dengan harga jualan sebanyak RM 9,588.00.
Tag: Lifan
Lifan KPT400 2022 di pasaran China, versi mampu milik untuk model touring Harley-Davidson Pan America
Salah sebuah model touring terbaharu yang mendapat perhatian ramai sejak awal tahun ini ialah Harley-Davidson Pan America 2021. Untuk pasaran Malaysia, model berkenaan boleh dimiliki dengan harga jualan bermula dari RM 99,900.00 sahaja. Namun bagaimana pula jika terdapat versi lain dengan harga lebih mampu milik, adakah anda berminat?
Kapcai Lifan Oriol 110 2021 di pasaran Amerika Selatan
Di pasaran benua Amerika Selatan, Lifan menawarkan pelbagai jenis model motosikal. Salah satu daripadanya ialah model kapcai Lifan Oriol 110 2021, tampil dalam beberapa pilihan warna yang menarik. Spesifikasi yang melengkapi model itu juga memuaskan, di samping rekaannya yang sederhana namun sporty, dan semestinya kekal praktikal.
Spyshot model skuter terbaharu di pasaran Malaysia, dijangka bakal bersaing dengan model Honda ADV150
Di pasaran Malaysia pada ketika ini, Boon Siew Honda telah menawarkan model skuter terbaharu Honda ADV150 2021 yang berkonsepkan kembara. Setakat ini berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, model skuter berkenaan telah berjaya menarik perhatian daripada ramai peminat tempatan, dan semakin ramai yang telah pun memilikinya.
Lifan KPV150 Queen Edition 2021 diperkenalkan di pasaran China, eksklusif untuk penunggang wanita
Salah sebuah model skuter ADV 150cc yang ditawarkan di pasaran China pada ketika ini ialah Lifan KPV150, di samping sebuah lagi model yang cukup menarik iaitu Dayang ADV150. Bagi model Lifan KPV150, baru-baru ini sebuah edisi terbaharu yang kelihatan begitu anggun dan menawan telah pun dilancarkan di pasaran China.
Lifan KP350 dilengkapi enjin 350cc dua silinder berkuasa, tampil dengan gaya naked yang agresif
Pada bulan April 2019 yang lalu, Lifan Motorcycle secara rasminya melancarkan model terbaharu Lifan KP350 untuk pasaran China. Didatangkan dalam dua varian, harga yang ditawarkan adalah sebanyak CNY 24,780.00 (bersamaan RM 15,521.08) untuk varian Standard, dan CNY 25,980.00 (bersamaan RM 16,272.71) untuk varian Touring.






