Model skuter adventure Lifan KPV150 2022 versi off-road kini diperkenalkan di pasaran China, dengan harga CNY 15,280.00, bersamaan RM 10,052.72 mengikut nilai semasa. Di pasaran Malaysia, Lifan KPV150 model tahun 2021 (versi standard) telah ditawarkan sebagai model WMoto Xtreme 150i, dengan harga jualan sebanyak RM 9,588.00.
Tag: Lifan KPV150
Spyshot model skuter terbaharu di pasaran Malaysia, dijangka bakal bersaing dengan model Honda ADV150
Di pasaran Malaysia pada ketika ini, Boon Siew Honda telah menawarkan model skuter terbaharu Honda ADV150 2021 yang berkonsepkan kembara. Setakat ini berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, model skuter berkenaan telah berjaya menarik perhatian daripada ramai peminat tempatan, dan semakin ramai yang telah pun memilikinya.
Lifan KPV150 Queen Edition 2021 diperkenalkan di pasaran China, eksklusif untuk penunggang wanita
Salah sebuah model skuter ADV 150cc yang ditawarkan di pasaran China pada ketika ini ialah Lifan KPV150, di samping sebuah lagi model yang cukup menarik iaitu Dayang ADV150. Bagi model Lifan KPV150, baru-baru ini sebuah edisi terbaharu yang kelihatan begitu anggun dan menawan telah pun dilancarkan di pasaran China.
Model skuter ADV terbaharu Lifan KPV150 2021 kini di pasaran China, harga bermula dari RM 8,100.11
Pada bulan September 2020 yang lepas, Lifan telah melancarkan sebuah model skuter terbaharu dalam kategori Adventure (ADV), yang dikenali dengan nama Lifan KPV150 2021. Untuk pasaran China, model tersebut ditawarkan pada harga CNY 12,980 untuk varian Standard (RM 8,100.11) dan CNY 14,980 untuk varian ABS (RM 9,348.20).




