Model naked Kawasaki Z400 2023 kini rasmi diperkenalkan di pasaran domestik Jepun, dengan satu pilihan warna tunggal Metallic Spark Black / Metallic Matte Graphene Steel Gray. Model tersebut akan berada di pasaran Jepun secara rasmi bermula tarikh 20hb. September 2022, dengan harga sebanyak 704,000 Yen (bersamaan RM 23,140.28).
Tag: Kawasaki Z400
Kawasaki Z400 2023 diperkenalkan di pasaran Eropah, enjin kini patuh piawaian emisi Euro 5
Kawasaki Z400 2023 baru saja diperkenalkan di pasaran Eropah, dengan enjin bertaraf Euro 5. Enjin bersesaran 399cc (Liquid-cooled, 4-stroke, Parallel Twin, DOHC, 8 valves) itu dipadankan transmisi enam kelajuan dan sistem sistem Assist & Slipper Clutch, yang menghasilkan kuasa maksimum 45PS @ 10,000rpm dengan tork 37Nm @ 8,000rpm.
Kawasaki Z400 2022 kini di pasaran USA, harga $4,999.00
Model naked Kawasaki Z400 2022 kini telah pun berada di pasaran USA, dengan harga jualan ditetapkan sebanyak $4,999.00 (bersamaan RM 20,775.84). Untuk musim 2022, model tersebut kini tampil dengan dua pilihan warna terbaharu iaitu Candy Lime Green / Metallic Spark Black dan Pearl Robotic White / Metallic Matte Graphenesteel Gray.
Kawasaki Z400 2021 diperkenalkan untuk pasaran Jepun, terima kemaskini warna dan grafik baharu
Untuk pasaran domestik Jepun, Kawasaki Z400 model tahun 2021 kini diperkenalkan dengan kemaskini warna dan grafik baharu. Spesifikasi teknikal lain bagaimanapun tiada sebarang perubahan. Model naked tersebut akan berada di pasaran secara rasmi mulai tarikh 06hb. November 2020, sama seperti model Kawasaki Z250 2021.
Kawasaki perkenal pilihan warna baharu untuk Ninja 400 2021 dan Z400 2021 di pasaran Taiwan
Kawasaki Z400 2021 hadir dengan kemaskini warna baharu lebih segar
Untuk musim 2021, model naked Kawasaki Z400 2021 kini hadir dengan kemaskini warna baharu yang lebih segar. Setakat ini untuk pasaran Australia, model tersebut diperkenalkan dalam dua pilihan warna terbaharu yang bernama Pearl Nightshade Teal with Metallic Spark Black dan Candy Cardinal Red with Metallic Flat Spark Black. Untuk pasaran lain, dijangka akan turut didatangkan […]






