Berita baik untuk semua peminat model sport bike Kawasaki Ninja ZX-25R. Menurut maklumat daripada pelbagai sumber di media sosial hari ini, Kawasaki dan EMOS (Modenas) bakal menayangkan model tersebut di Litar Antarabangsa Sepang mulai Jumaat ini, bersempena perlumbaan MotoGP Malaysia yang diadakan dari 21hb. sehingga 23hb. Oktober 2022.