Kawasaki Motor Indonesia (KMI) pada hari ini dengan rasminya melancarkan model terbaharu Kawasaki Ninja ZX-10R 2021 untuk pasaran Indonesia. Pada masa yang sama sewaktu majlis pelancaran yang dilakukan secara maya di saluran YouTube KMI tadi, sebuah lagi model baharu turut diperkenalkan iaitu Kawasaki Ninja ZX-25R 2022.