Model superbike berkuasa tinggi Kawasaki Ninja ZX-10R 2022 di pasaran USA kini tampil dengan pilihan warna terbaharu, yang dikenali dengan nama Metallic Matte Graphenesteel Gray / Metallic Diablo Black. Warna terbaharu itu ditawarkan bersama-sama pilihan warna terdahulu Lime Green / Ebony / Pearl Blizzard White, atau dikenali sebagai KRT Edition.
Tag: Kawasaki Ninja ZX-10R
Kawasaki Ninja ZX-10R 2021 kini di pasaran Indonesia, harga RM 148k
Kira-kira seminggu yang lalu, Kawasaki Motor Indonesia secara rasminya melancarkan model terbaharu Kawasaki Ninja ZX-10R 2021. Tampil dengan skim warna tunggal KRT Edition, model super sport berkuasa tinggi ini ditawarkan untuk pasaran Indonesia pada harga Rp. 520,000,000, bersamaan RM 148,459.24 mengikut kadar tukaran semasa.
Kawasaki Ninja ZX-10R 2021 dilancarkan di pasaran India, harga bermula dari RM 85,046.06
Selepas pelancaran model Kawasaki Ninja 300 BS6 2022 pada awal bulan Mac baru-baru ini, India Kawasaki Motors Pvt. Ltd. (IKM) kelmarin dengan rasminya melancarkan model terbaharu Kawasaki Ninja ZX-10R 2021 yang patuh piawaian emisi BS6. Harga model supersport tersebut bermula dari INR 14,99,000, bersamaan nilai RM 85,046.06.
Kawasaki Ninja ZX-10R 2021 tampil berwajah baharu, lebih sporty dan agresif, enjin Euro 5 kekal berkuasa
Kawasaki baru saja memperkenalkan model terbaharu Ninja ZX-10R 2021, yang kini tampil berwajah baharu yang lebih agresif berbanding model sebelumnya. Menurut Kawasaki, di bahagian cowl depan model tersebut terdapat winglet yang diintegrasikan ke dalamnya, untuk menjana lebih downforce sewaktu aksi pecutan yang kuat.




