Pasaran Jepun bukan saja menerima kehadiran model naked Kawasaki Z400 2023, malah turut menerima kehadiran model sports Kawasaki Ninja Z400 2023. Model itu kini tampil dengan tiga pilihan warna terbaharu Pearl Blizzard White / Metallic Carbon Gray, Ebony / Metallic Magnetic Dark Gray dan juga Lime Green / Ebony (KRT Edition).
Tag: Kawasaki Ninja 400
Kawasaki Ninja 400 2023 terima kemaskini warna baharu di pasaran Eropah, enjin kini bertaraf Euro 5
Sama seperti model naked Kawasaki Z400 2023, model sport bike Kawasaki Ninja 400 2023 turut diperkenalkan untuk pasaran Eropah baru-baru ini. Model tersebut kini tampil dengan dua pilihan warna baharu iaitu Lime Green / Ebony (KRT Edition) dan Metallic Carbon Gray / Metallic Matte Carbon Gray, termasuklah enjin yang kini bertaraf Euro 5.
Kawasaki Ninja 400 2021 di pasaran China terima pilihan dua skim warna terbaharu
Sejak pertengahan tahun lepas, Kawasaki Ninja 400 2021 mula menerima kemaskini skim warna terbaharu di beberapa pasaran global. Menariknya baru-baru ini di pasaran China, model sport bike itu telah menerima pilihan dua skim warna terbaharu yang tidak kurang menariknya, dan belum pernah dilihat di mana-mana pasaran lain sebelum ini.
Kawasaki perkenal pilihan warna baharu untuk Ninja 400 2021 dan Z400 2021 di pasaran Taiwan
Kawasaki Ninja 400 2021 kini di pasaran Jepun, dengan tiga pilihan warna dan grafik terbaharu
Kawasaki kelmarin telah memperkenalkan Ninja 400 model tahun 2021 untuk pasaran domestik Jepun, yang kini didatangkan dalam tiga pilihan warna dan grafik baharu yang lebih menyerlah. Tiga pilihan warna baharu tersebut ialah KRT Edition (Lime Green x Ebony), Pearl Night Shade Teal x Metallic Spark Black dan Metallic Spark Black.
Kawasaki Ninja 400 2021 dilancarkan di pasaran Thailand, harga bermula dari THB 210,400
Kawasaki Thailand hari ini telah mengemaskini laman sesawang mereka, dengan memasukkan paparan dua model terbaharu. Kedua-dua model tersebut ialah Kawasaki Ninja ZX-25R 2021 yang dijual pada harga THB 269,000 (RM 36,413.77), dan Kawasaki Ninja 400 2021 dengan harga bermula dari THB 210,400 (RM 28,481.26).