Pada dua hari yang lepas, Kawasaki Motors Pvt. Ltd. rasmi melancarkan model sports terbaharu Kawasaki Ninja 300 2022 untuk pasaran India. Berbanding model yang sama iaitu Kawasaki Ninja 300 2022 yang dilancarkan pada Mac 2021, Kawasaki Ninja 300 2022 versi terbaharu ini tampil dengan dua skim warna terbaharu yang lebih menarik.
Tag: Kawasaki Ninja 300
Kawasaki Ninja 300 BS6 2022 dilancarkan di pasaran India, harga bersamaan RM 17,630.01
India Kawasaki Motors Pvt. Ltd. (IKM) kelmarin dengan rasminya melancarkan model baharu Kawasaki Ninja 300 BS6 2022 untuk pasaran India. Model tersebut didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Lime Green, Candy Lime Green dan Ebony. Harga jualan yang ditawarkan pula adalah sebanyak INR 318,000, bersamaan RM 17,630.01.
Kawasaki Ninja 300 ABS 2019 di pasaran India, harga jualan bersamaan RM 16,417.12
India Kawasaki Motors Pvt. Ltd. bakal melancarkan model terbaharu Kawasaki Ninja 300 ABS 2021 untuk pasaran India, yang kini dilengkapi enjin patuh piawaian BS6 dan telah menerima kemaskini skim warna terbaharu. Sebelum itu apa kata kita lihat dahulu model Kawasaki Ninja 300 ABS 2019 yang ditawarkan di pasaran India sebelum ini.
Kawasaki Ninja 300 2021 dengan enjin bertaraf BS6 rasmi diperkenalkan di pasaran India
Kawasaki Ninja 300 pernah dilancarkan di pasaran Malaysia pada tahun 2015 yang lalu, namun tidak pasti jualannya bertahan sampai bila. Di pasaran India bagaimanapun model tersebut masih lagi dijual, dengan pelancaran versi paling terbaharu Kawasaki Ninja 300 2021 yang kini dilengkapi enjin yang mematuhi piawaian emisi BS6.




