Ada perkembangan menarik di antara Kawasaki dan Modenas pada beberapa hari yang lepas. Pertamanya ialah Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mengumumkan bahawa mereka secara rasminya telah menamatkan aktiviti perniagaan mereka sebagai pengedar sah Kawasaki di pasaran Malaysia, berkuatkuasa dari 01hb. Oktober 2021.
Tag: Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd.
Kawasaki Ninja 650 ABS di pasaran Malaysia, dilancarkan pada tahun 2017
Ketika ini di pasaran Malaysia, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. (KMSB) masih menawarkan model Kawasaki Ninja 650 ABS, yang secara rasminya dilancarkan pada tahun 2017 yang lalu. Berdasarkan pemerhatian di dalam laman sesawang KMSB, model tersebut boleh didapati dalam empat pilihan warna kesemuanya.
Kawasaki Ninja ZX-25R 2021 mungkin tidak akan masuk ke pasaran Malaysia, jangkaan harga RM 40k terlalu tinggi
Sejak pelancaran rasmi model terbaharu Kawasaki Ninja ZX-25R 2021 di pasaran Indonesia, Thailand, Jepun dan juga Filipina, para peminat motosikal tempatan ketika ini masih tertunggu-tunggu bilakah model tersebut akan dilancarkan di pasaran Malaysia. Sedihnya sehingga ke hari ini persoalan itu masih belum ada jawapannya.
Kawasaki Ninja 250 STD 2020 di pasaran Malaysia
Kawasaki Ninja 250SL di pasaran Malaysia – RM 17,499.00
Untuk para peminat motosikal sportbike dalam segmen 250cc di pasaran tempatan ketika ini, pilihan terbaharu yang bakal ditawarkan dalam masa terdekat ialah CFMOTO 250SR. Menurut maklumat terkini, model tersebut akan berada di pasaran mulai bulan Ogos 2020, namun harganya telah pun diumumkan sebanyak RM 15,800.00 sahaja.





