Pengedar rasmi skuter berjenama Italjet di pasaran Malaysia, Chear Global Sdn. Bhd. pada hari ini telah melancarkan model Italjet Dragster 125 2022 dan Italjet Dragster 200 2022. Kedua-dua model skuter tersebut tampil dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Anthracite White Red, Anthracite Yellow dan Black Grey. Harga jualan asas yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Tag: Italjet
Italjet Dragster #e01 Electric versi bebas emisi bakal dilancarkan pada tahun 2022
Bertempat di EICMA 2021 pada bulan November tahun lepas, Italjet telah mempamerkan model Dragster versi elektrik yang dikenali dengan nama Italjet Dragster #e01 Electric. Skuter bebas emisi itu dikatakan bakal dilancarkan secara rasmi pada tahun 2022, namun sehingga kini belum lagi dilancarkan. Mungkin pada hujung tahun ini, atau mungkin juga pada tahun 2023 akan datang.
Italjet Dragster Limited Edition 2021 dilancarkan di pasaran Indonesia, harga bersamaan RM 41,183.60 OTR
Bertempat di acara pameran automotif Indonesia International Motor Show (IIMS) 2021 yang berlangsung dari 15 sehingga 25 April 2021, pengeluar skuter dari Itali iaitu Italjet telah mempamerkan model skuter Italjet Dragster Limited Edition 2021 yang tampil unik dan luar biasa, seterusnya telah melancarkannya untuk pasaran Indonesia.
Italjet Dragster 2021 akan tiba di pasaran Eropah pada suku pertama tahun depan
Pada penghujung tahun 2019, Italjet telah membuat pengumuman bahawa mereka akan memperkenalkan kembali model skuter Dragster. Terbukti Italjet tidak bergurau apabila mereka secara rasminya memperkenalkan Dragster serba baharu di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2019 yang berlangsung di Milan, Italy.