Tag: Honda

Honda Vario 160 2023 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia, berapakah jangkaan harga jualannya?

Model skuter terbaharu yang ditunggu-tunggu Honda Vario 160 2023 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan November depan. Setakat ini Boon Siew Honda telah menyiarkan imej teaser terkini mengenai model tersebut, termasuk pamerannya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini, bersempena dengan acara perlumbaan berprestij MotoGP Malaysia 2022.

Boon Siew Honda siarkan imej teaser rasmi Honda Vario 160 2023, bakal dilancarkan pada November 2022

Model skuter serba baharu Honda Vario 160 2023 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia, pada bulan November 2022 akan datang. Setakat ini penampilan pertama model tersebut kini dapat dilihat di tapak pameran Honda di Litar Sepang, sempena dengan penganjuran acara perlumbaan MotoGP Malaysia 2022, yang berlangsung dari 21 sehingga 23 Oktober 2022.