Honda Winner X 2022 versi facelift terbaharu telah pun dilancarkan di pasaran Vietnam pada bulan Disember 2021 yang lepas. Berbanding model Honda RSX yang ditawarkan di pasaran Malaysia, Honda Winner X 2022 tampil dengan cover set serba baharu yang lebih sporty, termasuklah lampu signal depan rekaan baharu jenis terbina dalam.
Tag: Honda Winner X
Selepas Vietnam, Honda Winner X 2022 versi facelift terbaharu kini ditawarkan di pasaran Kemboja
Model moped terbaharu Honda Winner X 2022 secara rasminya dilancarkan di pasaran Vietnam pada tarikh 23hb. Disember 2021. Kini selepas sebulan, model tersebut masuk pula ke pasaran Kemboja (Cambodia) pada tarikh 22hb. Januari 2022, menurut sumber daripada laman Facebook beberapa wakil penjual model itu di negara berkenaan.
Galeri : Honda Winner X 2022 di pasaran Vietnam
Honda Winner X 2022 akhirnya rasmi dilancarkan di pasaran Vietnam kelmarin, dalam tiga varian iaitu Standard Version, Special Version dan Sports Version. Untuk gambaran lebih jelas, di sini penulis siarkan galeri gambar-gambar menarik model moped tersebut, untuk rujukan semua peminat motosikal tempatan, termasuk pemilik Honda RS-X 2021.
Honda Winner X 2022 bakal dilancarkan di pasaran Vietnam pada pertengahan Disember 2021?
Gambar di atas sekadar hiasan Berita dunia motosikal yang paling menarik pada minggu lepas sudah pastinya mengenai pelancaran model terbaharu Honda RS-X 2021. Namun begitu pada bulan Disember 2021 akan datang, mungkin terdapat satu lagi berita yang sangat mengujakan, iaitu pelancaran model terbaharu Honda Winner X 2022 dengan naik taraf terkini di pasaran Vietnam.
Tempahan Honda Winner X di pasaran Malaysia kini dibuka oleh wakil penjual, pelancaran rasmi pada November 2021?
Salah sebuah model moped yang mendapat perhatian begitu ramai peminat motosikal di Malaysia sejak lebih dua tahun yang lalu ialah Honda Winner X. Model tersebut pada mulanya dilancarkan khusus untuk pasaran negara Vietnam, sebelum ianya dieksport ke beberapa pasaran luar negara termasuk Jepun, Singapura, Kemboja dan Maldives.
Selepas Honda CBR150R 2021, dikhabarkan pelancaran rasmi Honda Winner X akan menyusul pada hujung tahun ini
Model sport bike Honda CBR150R 2021 telah pun selamat dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia semalam. Sebelum ini ramai yang tidak yakin bahawa model tersebut akan dilancarkan, walaupun Arena Motosikal telah memberikan petunjuk awal bermula dari bulan Mei 2021 lagi, berdasarkan sumber yang sememangnya boleh dipercayai.