Salah sebuah model moped yang mendapat perhatian begitu ramai peminat motosikal di Malaysia sejak lebih dua tahun yang lalu ialah Honda Winner X. Model tersebut pada mulanya dilancarkan khusus untuk pasaran negara Vietnam, sebelum ianya dieksport ke beberapa pasaran luar negara termasuk Jepun, Singapura, Kemboja dan Maldives.
Tag: Honda Winner X Malaysia
Selepas Honda CBR150R 2021, dikhabarkan pelancaran rasmi Honda Winner X akan menyusul pada hujung tahun ini
Model sport bike Honda CBR150R 2021 telah pun selamat dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia semalam. Sebelum ini ramai yang tidak yakin bahawa model tersebut akan dilancarkan, walaupun Arena Motosikal telah memberikan petunjuk awal bermula dari bulan Mei 2021 lagi, berdasarkan sumber yang sememangnya boleh dipercayai.
Honda Winner X 2021 versi Repsol Edition dijangka akan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia
Model moped terbaharu Honda Winner X atau Honda RS150R V3 2021 dikhabarkan bakal dilancarkan di pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Antara pilihan warna yang dijangka akan ditawarkan untuk model yang dinanti-nantikan itu ialah Repsol Edition, sama seperti yang ditawarkan untuk model Honda RS150R Repsol Edition 2020.
Adakah ini spyshot pertama Honda Winner X (Honda RS150R V3) di Malaysia?
Terdapat sekeping gambar spyshot sebuah model motosikal moped yang dikongsikan oleh saudara Ayie Aril di dalam laman Facebook Arena Motosikal. Berdasarkan gambar spyshot berkenaan yang dipercayai dirakamkan di jalan raya Malaysia, model tersebut mirip model Honda Winner X, atau juga dikenali sebagai model Honda RS150R V3.
Model apakah selepas pelancaran Honda ADV150? Adakah Honda RS150R V3 (Honda Winner X)?
Skuter Honda ADV150 yang selama ini sangat dinanti-nantikan akhirnya selamat dilancarkan di pasaran Malaysia semalam. Dengan harga asas RM 11,999.00 yang lebih rendah daripada harga jangkaan sebelum ini sekitar RM 13k – RM 15k, rata-rata peminat setia model tersebut berpuas hati dengan harga yang telah ditetapkan itu.





