Honda Winner X merupakan salah sebuah model yang ditunggu-tunggu pelancarannya di pasaran Malaysia. Model moped tersebut dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi, namun tarikh sebenar pelancarannya masih belum diumumkan oleh Boon Siew Honda. Namun begitu di pasaran Maldives, Honda Winner X baru saja dilancarkan di sana.
Tag: Honda Winner X 150
Honda Winner X mula dijual di pasaran Jepun, harga bermula dari RM 9,135.93
Honda Winner X seperti mana yang kita ketahui selama ini hanya dijual secara rasmi di pasaran Vietnam sahaja. Bagaimanapun ianya didapati turut dijual di beberapa pasaran lain antaranya seperti Kemboja, Singapura dan Burkina Faso, yang dibawa masuk oleh pengimport bebas. Paling terkini ialah Honda Winner X turut dijual di pasaran Jepun.


