Untuk pasaran Vietnam, Honda pada 18hb. Ogos 2022 baru-baru ini rasmi melancarkan model kapcai Honda Wave Alpha 110cc 2023. Hadir dengan dua pilihan varian Special Version dan Standard Version, model berkenaan kini menampilkan empat pilihan warna dan lakaran corak grafik terbaharu yang kelihatan lebih menarik, sporty dan segar.
Tag: Honda Wave Alpha
Honda Wave Alpha kini lebih mampu milik tanpa duti eksais, harga asas bermula dari RM 3.9k
Salah sebuah model kapcai mampu milik yang ditawarkan dengan harga berpatutan di pasaran tempatan pada ketika ini ialah Honda Wave Alpha. Kali terakhir model tersebut menerima kemaskini warna baharu ialah pada bulan Disember 2019 yang lalu. Mungkin tidak lama lagi ianya akan menerima kemaskini warna baharu yang lebih segar.


