Untuk pasaran Vietnam, Honda pada 18hb. Ogos 2022 baru-baru ini rasmi melancarkan model kapcai Honda Wave Alpha 110cc 2023. Hadir dengan dua pilihan varian Special Version dan Standard Version, model berkenaan kini menampilkan empat pilihan warna dan lakaran corak grafik terbaharu yang kelihatan lebih menarik, sporty dan segar.