Semua pemilik Honda RSX 2022 di pasaran Malaysia pada ketika ini pastinya gembira, kerana cover set lengkap milik Honda Winner X V3 2022 kini mudah didapati di pasaran Malaysia. Antara pihak yang menawarkannya ialah SPD RACING yang kini beroperasi di alamat No. 42, Lorong Tangling Indah 3, Taman Tangling, Simpang Ampat, P. Pinang.
Tag: Honda RS-X
Boon Siew Honda umum harga terkini untuk motosikal dan skuter di pasaran Malaysia, berkuatkuasa 11hb. Mac 2022
Boon Siew Honda pada kelmarin secara rasminya mengumumkan harga terkini untuk model-model motosikal dan skuter edarannya di pasaran Malaysia, berkuatkuasa dari tarikh 11hb. Mac 2022. Kesemua senarai harga yang dinyatakan itu ialah harga jualan asas yang disyorkan, tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan.
Harga jualan Honda RS-X 2022 kini meningkat, bekalan stok pula semakin banyak
Model moped popular Honda RS-X telah pun dilancarkan oleh Boon Siew Honda dalam bulan November 2021 yang lepas, dengan harga jualan asas berpatutan iaitu sebanyak RM 8,688.00 sahaja (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan). Harga jualan On The Road (OTR) sebelum tahun 2022 pula adalah sekitar RM 9,500.00 sahaja.
SPEKULASI : adakah harga Honda RS-X dan Honda RS150R bakal meningkat mulai tarikh 01hb. Januari 2022?
Di pasaran tempatan pada ketika ini, peminat motosikal dalam kelas 150cc mempunyai pilihan dua model yang cukup menarik iaitu Honda RS-X dan juga Honda RS150R. Ini kerana kedua-dua model berkenaan ditawarkan oleh kedai motosikal pada harga jualan tunai OTR sekitar hanya RM 9,500.00 (RS-X) dan RM 7,500.00 (RS150R) sahaja.
Honda RS-X 2021 terima sambutan hangat, bakal jadi model moped terlaris di pasaran tempatan
Seperti mana yang dijangkakan, model moped terbaharu Honda RS-X 2021 pada ketika ini mendapat sambutan yang begitu hangat daripada peminat motosikal tempatan. Oleh itu tidak keterlaluan jika dikatakan ianya bakal menjadi model moped terlaris di pasaran tempatan tidak lama lagi, jauh mengatasi populariti model terdahulu Honda RS150R.
Berapakah kelajuan maksimum pecutan Honda RS-X 2021?
Model moped terhangat Honda RS-X 2021 baru saja dilancarkan, namun kini sudah ada individu yang telah menguji kelajuan maksimum pecutan model berkenaan. Melalui video tunggang uji yang disiarkan di dalam channel YouTube Habibi Junaidi, Honda RS-X 2021 didapati mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga mencecah angka 121.2 km/j.






