Honda Motor Europe baru-baru ini telah memperkenalkan Honda NT1100 2023, dengan pilihan warna terbaharu Gunmetal Black Metallic. Pilihan warna lain yang turut tersedia ialah Matte Iridium Gray Metallic dan Pearl Glare White, yang sebelum ini diperkenalkan melalui model Honda NT1100 2022, ketika dilancarkan pada bulan Oktober yang lepas.
Tag: Honda NT1100
Honda NT1100 2022 diperkenalkan sebagai jentera touring era baharu yang serba lengkap
Pada pertengahan bulan Oktober 2021 baru-baru ini, Honda Motor Europe dengan rasminya memperkenalkan jentera touring era baharu Honda NT1100 2022. Bukan saja tampil dengan gaya rekaan sporty dan segar, malah model tersebut juga menawarkan pelbagai ciri-ciri yang praktikal dan tahap keselesaan maksimum sewaktu tunggangan.


