Honda Navi merupakan salah sebuah model skuter kompak keluaran Honda yang kini masih ditawarkan di beberapa pasaran global. Model berkenaan buat pertama kalinya diperkenalkan di pasaran India pada tahun 2016, namun jualannya telah pun dihentikan dengan rasminya mulai April 2020, kerana tidak lagi memenuhi piawaian emisi BS6.