Skuter Honda Lead 125 mula diperkenalkan di pasaran Thailand pada awal tahun 2021 yang lepas. Kini Honda Lead 125 2022 baru saja dilancarkan, tampil dengan gaya serta rekaan terbaharu yang lebih menawan dan elegan. Tiga pilihan warna ditawarkan untuk model tersebut iaitu Putih, Merah dan Biru, dengan harga THB 58,500 (RM 7,439.60).
Tag: Honda Lead 125
Honda Lead 125 2022 di pasaran Jepun, kini dilengkapi enjin baharu eSP+ 4-valve yang lebih berprestasi dan ekonomi
Bermula tarikh 24hb. Mac 2022 yang lalu, skuter Honda Lead 125 2022 rasmi berada di pasaran Jepun. Harga jualannya ialah 324,500 Yen (RM 10,915.52) untuk pilihan warna Pearl Dark Ash Blue 2, Poseidon Black Metallic dan Pearl Jasmine White. Untuk pilihan warna Matt Techno Silver Metallic pula, ianya berharga 330,000 Yen (RM11,100.53).