Untuk pasaran Thailand, Honda Forza 350 2020 buat pertama kalinya diperkenalkan secara rasmi dalam bulan Julai 2020 yang lepas. Kini versi terbaharu model berkenaan iaitu Honda Forza 350 2021 baru saja dilancarkan di pasaran Thailand, tampil dengan beberapa kemaskini dan naik taraf terbaharu yang lebih menarik dan lebih canggih.

