Honda Forza 125 2022 di pasaran Eropah baru-baru ini hadir dengan pilihan dua warna baharu, Mat Pearl Pacific Blue dan Pearl Falcon Grey, di samping masih lagi ditawarkan dengan tiga pilihan warna bagi model tahun 2021 iaitu Pearl Nightstar Black, Mat Cynos Grey Metallic dan Mat Carnelian Red Metallic. Spesifikasi teknikal kekal tidak berubah.
Tag: Honda Forza 125
Honda Forza 125 2021 dilancarkan di pasaran Eropah, kini dilengkapi HSTC dan patuh piawaian Euro 5
Model skuter terbaharu Honda Forza 125 2021 dilancarkan secara rasmi di pasaran Eropah baru-baru ini, tampil dengan beberapa perubahan terkini yang lebih menarik. Antaranya ialah perubahan kosmetik yang lebih segar melibatkan fairing depan dan sisi, cermin pandang belakang, panel sisi belakang dan bahagian penutup enjin.
Skuter premium Honda Forza 750 2021 diperkenalkan, hadir bersama-sama Forza 350 dan Forza 125
Honda Motor Europe kelmarin dengan rasminya memperkenalkan model skuter premium terbaharu Honda Forza 750 2021. Turut diperkenalkan bersama-sama ialah model skuter Honda Forza 350 2021 dan Honda Forza 125 2021. Ketiga-tiga model tersebut menawarkan prestasi, keselesaan, teknologi dan ciri-ciri yang praktikal.



