Model kompak bergaya retro Honda Dax ST125 2022 serba baharu baru-baru ini rasmi dilancarkan untuk pasaran Indonesia, dalam dua pilihan warna yang menarik iaitu Pearl Nebula Red dan Pearl Cadet Gray. Harga jualannya bagaimanapun berada pada paras premium iaitu sebanyak Rp. 81,750,000.00, bersamaan nilai semasa RM 24,642.53.
Tag: Honda Dax ST125
Honda Dax ST125 2023 diperkenalkan di pasaran Eropah
Pada Mac 2022 yang lepas, model kompak bergaya retro iaitu Honda Dax ST125 2023 dengan rasminya diperkenalkan untuk pasaran Eropah. Ianya menandakan kepulangan kembali model tersebut di pasaran Eropah selepas 41 tahun, bagi menggantikan model generasi sebelumnya iaitu Honda Dax ST50 dan Honda Dax ST70 (1969 – 1981).