Boon Siew Honda (BSH) hari ini rasmi memperkenalkan Honda CBR250RR 2022 Trico Edition untuk pasaran Malaysia. Model tersebut kini tampil dengan pilihan warna baharu Tricolour, bagi menggantikan warna terdahulu Winning Red. Satu lagi skim warna yang ditawarkan sebelum ini iaitu Mat Gunpowder Black Metallic, kekal untuk musim 2022.

