Tahun 2020 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, namun sebelum itu Boon Siew Honda (BSH) dijangka akan melancarkan model terbaharu Honda CBR250RR SP 2021 dalam masa terdekat. Berdasarkan beberapa maklumat terkini daripada laman sosial Honda BigWing, model tersebut dikatakan bakal tiba dalam bulan Disember 2020 ini.