Honda CBR250RR 2021 dilancarkan di pasaran Indonesia, dilengkapi Quick Shifter dan Assist & Slipper Clutch Evo 24/07/2020 Honda PT Astra Honda Motor (AHM) hari ini secara rasminya melancarkan model terbaharu Honda CBR250RR 2021 untuk pasaran Indonesia. Pelancaran tersebut menyusul hanya sehari selepas ianya diperkenalkan di pasaran domestik Jepun kelmarin.