Honda Motos Brasil baru-baru ini telah memperkenalkan model kapcai Honda Biz 125 2023, yang merupakan kesinambungan kepada model tahun sebelumnya. Model tersebut didatangkan dengan empat pilihan skim warna yang menarik, dengan harga jualannya di pasaran Brazil telah ditetapkan sebanyak R$ 13,110, bersamaan nilai RM 11,716.44 mengikut kadar semasa.
Tag: Honda Biz 125
Honda Biz 125 2022 di pasaran Brazil, dilengkapi panel meter digital dan soket pengecas 12V
Di pasaran Brazil, Honda turut menawarkan model kapcai Honda Biz 125 2022, dengan empat pilihan warna yang menarik. Reka bentuk model tersebut boleh dikatakan sporty, bergaya dan juga praktikal. Selain daripada ruang barangan yang luas di bawah tempat duduk, model itu turut dilengkapi soket pengecas 12V untuk mengecas telefon bimbit.