Honda Motos Brasil baru-baru ini telah memperkenalkan model kapcai Honda Biz 125 2023, yang merupakan kesinambungan kepada model tahun sebelumnya. Model tersebut didatangkan dengan empat pilihan skim warna yang menarik, dengan harga jualannya di pasaran Brazil telah ditetapkan sebanyak R$ 13,110, bersamaan nilai RM 11,716.44 mengikut kadar semasa.