Selepas dilancarkan secara rasmi di pasaran Indonesia, Thailand dan juga Filipina, model skuter terbaharu Honda ADV160 2023 kini rasmi diperkenalkan di pasaran Jepun. Tampil dengan tiga pilihan warna menarik Matt Dahlia Red Metallic, Pearl Smoky Grey dan Matt Gunpowder Black Metallic, harga jualannya di pasaran Jepun ialah 473,000 Yen, bersamaan RM 15,145.76.

