Menurut maklumat terkini daripada rakan media, Harley-Davidson Sportster S 2021 yang sebelum ini membuat kemunculan global pertama pada bulan Julai yang lepas, kini rasmi dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Harga jualan yang ditetapkan untuk model tersebut adalah sebanyak RM 92,900.00, tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan.

