Harley-Davidson Malaysia baru-baru ini pada tarikh 02hb. Julai 2022, secara rasminya melancarkan model terbaharu Harley-Davidson Nightster 2022. Pelancaran rasmi bagi model berkenaan telah diadakan bertempat di acara tahunan Art of Speed Malaysia kali ke-10, di MAEPS Serdang, yang diadakan pada 2 dan 3 Julai 2022 (Sabtu dan Ahad).