Pada tarikh 10hb. Mac 2022 baru-baru ini, Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. secara rasminya melancarkan sebuah model naked terbaharu Suzuki GSX-S150 2022. Model berkenaan tampil dalam dua pilihan warna iaitu Aura Yellow / Pearl Brilliant White dan Metallic Titan Blue, manakala harga jualan asasnya ditawarkan sebanyak RM 10,289.00 sahaja.

