Didi Resources Sdn. Bhd. selaku pengedar rasmi motosikal berjenama Aprilia hari ini rasmi melancarkan model terbaharu Aprilia RS660 2021 untuk pasaran Malaysia. Model tersebut ditawarkan pada harga pengenalan RM 59,900.00 (tanpa pendaftaran, insuran dan cukai jalan), dalam dua pilihan warna menarik iaitu Lava Red dan Apex Black.