Haojue baru-baru ini telah memperkenalkan model terbaharu keluarannya iaitu Haojue UHR150 2022. Model skuter berkenaan berjaya menarik perhatian ramai kerana tampil dengan gaya rekaan mirip model Honda PCX160, terutamanya apabila melihatnya dari pandangan sisi. Spesifikasi yang melengkapinya juga boleh dikatakan serba lengkap.
Tag: Haojue
Haojue XCR300 diperkenalkan di pasaran China, reka bentuk agresif, dikuasakan enjin 298cc dua silinder
Haojue memperkenalkan sebuah model street fighter terbaharu yang tampil garang dan kelihatan agak unik penampilannya. Model tersebut buat masa ini adalah khusus untuk pasaran China, namun tidak mustahil ianya juga akan dilancarkan untuk pasaran global. Dikenali dengan nama Haojue XCR300, ianya boleh didapati dalam lima pilihan warna.
Haojue DR250 2021 (Suzuki GSX-S250) dilancarkan di pasaran China, harga bersamaan RM 18,565.78
Pada bulan Disember 2020 yang lepas, Haojue telah melancarkan model terbaharu Haojue DR250 2021 untuk pasaran China. Didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, merah dan putih, harga jualan yang ditawarkan untuk model naked yang bergaya sporty itu ialah CNY 29,680, bersamaan RM 18,565.78 mengikut kadar semasa.
Haojue DR300 bakal dilancarkan di pasaran negara China pada 16hb. Jun 2020
Laman sesawang Haojue baru-baru ini telah memuat naik teaser mengenai model terbaharu Haojue DR300 yang secara rasminya bakal dilancarkan di pasaran negara China pada tarikh 16hb. Jun 2020. Paparan mengenai model naked tersebut juga kini telah muncul di dalam laman jual beli seperti JD.com dan Tmall.com.




