Haojue baru-baru ini telah memperkenalkan model terbaharu keluarannya iaitu Haojue UHR150 2022. Model skuter berkenaan berjaya menarik perhatian ramai kerana tampil dengan gaya rekaan mirip model Honda PCX160, terutamanya apabila melihatnya dari pandangan sisi. Spesifikasi yang melengkapinya juga boleh dikatakan serba lengkap.