GPX Thailand baru-baru ini rasmi memperkenalkan model kapcai GPX Rock 125 2022 untuk pasaran Greece. Selain itu, terdapat sebuah lagi model kapcai yang ditawarkan di pasaran negara Eropah itu, iaitu GPX POPz 125 2022. Mempunyai empat pilihan warna menarik, harga yang ditawarkan ialah sebanyak €2,325.00, bersamaan RM 10,614.66.
Tag: GPX Motorcycles
GPX Rock 125 2022 diperkenalkan di pasaran Greece dengan enjin 125cc bertaraf Euro 5
Pengeluar motosikal dari negara jiran iaitu GPX Thailand kini memperkenalkan model kapcai terbaharu GPX Rock 125 2022 untuk pasaran Greece. Model bergaya sporty itu sebenarnya diedarkan oleh KSR Hellas (member of KSR Group), yang sebelum ini turut melancarkan model moped Malaguti Spectre GP 125 2022 (WMoto F15 versi 125cc).