GPX Malaysia baru-baru ini secara rasminya telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan dua buah model motosikal terbaharu untuk pasaran tempatan, yang dijadualkan berlangsung pada bulan Disember 2020 akan datang. Kedua-dua model tersebut ialah GPX Legend 250 Twin (Version 2) dan GPX Demon GR200R.

