Untuk pasaran Jepun, GPX Thailand melalui anak syarikat GPX Japan Co., Ltd. baru-baru ini telah melancarkan sebuah model kapcai iaitu GPX POPZ 110 2022. Selain itu, syarikat tersebut pada masa yang sama turut melancarkan sebuah lagi model terbaharu untuk pasaran Jepun, iaitu GPX Legend 250 Brighton 2022 yang tampil bergaya klasik.