Di pasaran Filipina, Euro Motor menawarkan pelbagai model motosikal menarik, salah satu daripadanya ialah Euro Motor Vperman 150 2021. Model moped berkenaan tampil mirip model Honda Sonic 150R, dan dikuasakan enjin empat lejang bersesaran 149cc dengan sistem karburetor, sejukan udara, kotak gear lima kelajuan dan klac manual.