Energica merupakan sebuah syarikat pengeluar motosikal elektrik dari Itali, dan terkenal dengan barisan model-model seperti Energica Ego, Energica Eva Ribelle dan Energica EsseEsse9. Terkini pada tarikh 28hb. Mei 2022 baru-baru ini, syarikat berkenaan secara rasminya melancarkan sebuah lagi model elektrik terbaharu iaitu Energica Experia.