Di samping memperkenalkan model terbaharu Ducati Scrambler 1100 Tribute PRO 2022 baru-baru ini, Ducati pada masa yang sama turut memperkenalkan sebuah lagi model scrambler terbaharu iaitu Ducati Scrambler Urban Motard 2022. Sesuai dengan namanya, model itu bakal menawarkan gaya tunggangan lincah di kawasan urban.
Tag: Ducati Scrambler
Ducati Scrambler Icon Dark 2020 kini di pasaran Malaysia, harga asas RM 49,900.00
Ketika hari pelancaran Ducati Panigale V4, Panigale V4S dan Panigale V2 2020 baru-baru ini, Next Bike Sdn. Bhd. pada masa yang sama turut melancarkan model terbaharu Ducati Scrambler Icon Dark 2020. Harga asas yang ditetapkan untuk model berkenaan ialah RM 49,900.00, tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan.
Ducati perkenal Scrambler 1100 PRO dan 1100 Sport PRO
Beberapa hari yang lepas, Ducati memperkenalkan dua varian terbaharu Scrambler 1100 iaitu 1100 PRO dan 1100 Sport PRO. Antara yang baharu untuk kedua-dua model tersebut termasuklah kemaskini warna dan grafik, kemasan tempat duduk dan ekzos baharu, fender belakang lebih pendek dan posisi pemegang nombor plat yang rendah.


