Pada bulan Jun 2022 yang lepas, Ducati Malaysia dengan rasminya melancarkan enam buah model baharu untuk pasaran Malaysia, iaitu Ducati Streetfighter V2, Ducati Streetfighter V4 SP, Ducati Multistrada V2 S, Ducati Panigale V2 Bayliss 1st Championship 20th Anniversary, Ducati Scrambler Urban Motard, dan Ducati Scrambler 1100 Tribute PRO 2022.
Tag: Ducati Scrambler 1100 Tribute PRO
Ducati Scrambler 1100 Tribute PRO 2022 diperkenalkan untuk pasaran Eropah
Pada pertengahan Oktober 2021 yang lepas, Ducati memperkenalkan model terbaharu Ducati Scrambler 1100 Tribute PRO 2022 untuk pasaran Eropah. Tampil dengan skim warna tunggal Giallo Ocra yang unik, ianya merupakan versi penghormatan untuk enjin dua silinder sejukan udara yang diperkenalkan oleh Ducati pada tahun 1971 yang lalu.


