Pada penghujung tahun lepas, Ducati Monster 2021 serba baharu secara rasminya telah diperkenalkan untuk pasaran Eropah. Kini untuk pasaran Malaysia, model naked tersebut telah pun dilancarkan pada hari ini, dengan harga jualan asas yang berpatutan iaitu hanya sebanyak RM 69,900.00 sahaja, tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan.
Tag: Ducati Monster
Ducati Monster 2021 diperkenalkan dengan kerangka baharu, lebih kompak, ringan dan menyeronokkan
Ducati dengan rasminya memperkenalkan Monster 2021 serba baharu yang kini tampil berbeza berbanding generasi sebelumnya. Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, Ducati Monster 2021 dibangunkan di atas kerangka baharu aluminium Front Frame yang diinspirasikan daripada Panigale V4, lebih ringan berbanding kerangka trellis.