Model terbaharu Dayang ADV350 2021 merupakan antara model skuter yang dinanti-nantikan di pasaran China pada ketika ini. Mungkin kerana ianya membawakan nama ADV yang semakin popular sejak akhir-akhir ini, sama seperti populariti yang diperolehi oleh dua model keluaran Honda iaitu Honda ADV150 dan Honda X-ADV 750.
Tag: Dayang ADV350 2021 China
Dayang ADV350 2021 bakal dilancarkan di pasaran China, dilengkapi enjin 350cc, kamera depan dan belakang
Selain daripada model skuter Dayang ADV150 2021 yang bakal ditawarkan di pasaran China secara rasmi tidak lama lagi, sebuah lagi model dalam varian skuter maxi yang lebih besar iaitu Dayang ADV350 2021 juga bakal dilancarkan bersama-sama. Menurut maklumat awal, pelancarannya dijadualkan berlangsung pada 28hb. Februari 2021.


