BMW Motorrad India kelmarin dengan rasminya melancarkan sebuah model sport bike terbaharu iaitu BMW G 310 RR 2023. Model bergaya sporty dan agresif itu hadir dalam dua pilihan warna Black Storm Metallic (varian asas) dan termasuklah gabungan warna Lightweight UNI, Racing Blue Metallic dan Racing Red UNI untuk varian Style Sport.
Tag: BMW
BMW S 1000 RR terima kemaskini baharu untuk musim 2022
BMW Motorrad baru-baru ini telah mengumumkan beberapa kemaskini baharu untuk model BMW S 1000 RR 2022, antaranya dimulai oleh pengenalan warna baharu dalam skim Style Passion dengan warna Mineral Grey Metallic. Untuk maklumat selanjutnya, berikut ialah petikan daripada siaran akhbar yang diterbitkan oleh BMW Motorrad :
BMW R 18 “Spirit of Passion” 2021 daripada Kingston Custom
Model BMW R 18 yang diperkenalkan pada tahun lepas sememangnya mempunyai kelebihan yang tersendiri, apabila ianya mudah untuk diubahsuai kepada model lain yang lebih sensasi, unik dan luar biasa. Sebelum ini ianya direka bentuk semula oleh Roland Sands dan Bernhard Naumann, dan kini tiba pula giliran Dirk Oehlerking.
BMW S 1000 RR 2020 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga RM 116,500.00
BMW Motorrad Malaysia baru-baru ini secara rasminya melancarkan model supersport terbaharu BMW S 1000 RR 2020 untuk pasaran tempatan, pada harga RM 116,500.00 (tidak termasuk insuran). Untuk ketenangan fikiran pemiliknya, model tersebut turut didatangkan dengan tempoh jaminan dan program bantuan di jalanan selama 3 tahun.




