Sebelum ini, model naked BMW G 310 R 2023 telah diumumkan menerima kemaskini warna terbaharu. Pada masa yang sama, model adventure BMW G 310 GS 2023 juga telah menerima kemaskini warna terbaharu seperti Version Basic Cosmic Black 3, Style Sport Polar White / Racing Blue Metallic dan juga Style Rallye Kalamata Metallic Matt.
Tag: BMW G 310 GS
BMW G 310 GS 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga jualan asas bermula dari RM 29,500.00
Selain daripada model BMW G 310 R 2021, BMW Motorrad Malaysia pada masa yang sama turut melancarkan sebuah lagi model terbaharu iaitu BMW G 310 GS 2021. Harga jualan asas untuk model tersebut bermula dari RM 29,500.00 untuk pilihan warna Style Rallye dan Polar White, dan RM 31,500.00 untuk pilihan warna 40 Years GS Edition.
BMW G 310 R dan BMW G 310 GS terima kemaskini warna baharu untuk musim 2022
BMW G 310 R dan BMW G 310 S untuk model tahun 2020 / 2021 sebelum ini tampil dengan beberapa pilihan warna yang menarik dan sporty. Untuk musim 2022, terdapat beberapa pilihan warna baharu yang diperkenalkan untuk kedua-dua model tersebut. Spesifikasi teknikal bagaimanapun masih sama, tiada sebarang perubahan terbaharu.
BMW G 310 GS 2020 tampil dengan kemaskini terbaharu
BMW G 310 GS merupakan model terkecil di dalam siri GS keluaran BMW Motorrad, diperkenalkan buat pertama kali dalam tahun 2016 yang lalu. Kini model tersebut diperkenalkan semula dalam versi kemaskini terbaharu untuk tahun 2020, tampil dengan spesifikasi teknikal yang dipertingkatkan dan pilihan warna yang lebih segar.




